AKADEMI BOLA SEPAK KG TERESEK

 

AKADEMI KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG TERESEK

*** PENUBUHAN AKADEMI ***

Penubuhan Akademi Kelab Bola Sepak Kampung Teresek bermula dari cetusan idea pengasasnya,Kelab Bola Sepak Kampung Teresek.
Kelab Bola Sepak Kampung Teresek setelah melihat perkembangan bola sepak Liga Siam Kelantan & Liga Udomdham Cup yang dianjuran Kelab Bola Sepak Kampung Teresek sebelum ini.

Akademi ini ditubuhkan bertujuan mencungkil dan mengasah bakat anak-anak Siam Kelantan dalam permainan bola sepak. Dengan segala pengalaman dan jurulatih-jurulatih yang ada, anak-anak ini akan mendapat asas permainan yang secukupnya. Bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak remaja berkualiti yang berpelajaran dan berkemahiran, adalah penting bagi bermula pada peringkat asas. Untuk itu, akademi ini akan memberi pendedahan awal mengenai asas bola sepak dan teknik-teknik seperti cara menanduk, menendang, menghantar bola secara tepat,teknik mengawal bola yang betul, gaya sepakan, strategi perlawanan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan tersebut.

Bak kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, akademi ini membuka peluang kepada semua kanak-kanak berusia dari Bawah 12 hingga ke 18 tahun yang berminat dalam permainan bola sepak. Sesi pemilihan juga akan diadakan bagi pemain-pemain berbakat dan menjalani latihan berterusan untuk mewakili akademi ke beberapa siri perlawanan persahabatan, pemilihan pasukan sekolah/daerah/negeri/negara, dan pertandingan karnival-karnival anjuran terbuka kelak.

Diharapkan dengan penubuhan akademi bola sepak ini akan membantu menyemarakkan aktiviti bola sepak Siam Kelantan di samping melahirkan bakat-bakat baru bagi diketengahkan dalam sukan bola sepak.

JADUAL LATIHAN ;

Setiap hari Jumaat & Sabtu

Pukul 5.00 p.m hingga 7.00 p.m

Hubungi ;
Tel : 017-9577758 (Eric)
Tel : 012-9293799 (Nom)

Selamat Maju Jaya dalam Bidang Bola Sepak…