PERATURAN DAN UNDANG2 BOLA SEPAK 7 SEBELAH

 

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH
TARIKH : 27 APRIL 2018 
MASA : 8.00 PAGI – 7.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN BUNOHAN TUMPAT

1.ANJURAN

1.1 Persatuan Siam Kelantan (PSKN) dengan Kerjasama Komuniti 1 Malaysia (K1M)

2. PENDAFTARAN

2.1 Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 10 orang pemain sahaja.

2.2 Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam Borang Pendaftaran sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

2.3 Borang Pendaftaran yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola Pertandingan sebelum atau 22 April 2018.

2.4 Pemain yang disenaraikan dalam Borang Perlawanan (Start List), 7 pemain ialah pemain utama dan bakinya (3 pemain) ialah pemain simpanan. Penyenaraian itu adalah sama sperti yang didaftarkan dalam Borang Pendaftaran.

2.5 Sebarang perubahan pada pendaftaran asal pemain perlu dimaklumkan kepada pihak pengelola sehari sebelum hari pertandingan.

2.6 Penyertaan terhad kepada 16 pasukan sahaja.

2.7 Setiap pemain hanya layak untuk mendaftar dalam satu pasukan sahaja.

2.8 Terbuka kepada semua peringkat umur.

2.9 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua (2) orang pemain bukan Siam yang tidak mewakili sebarang liga di peringkat negeri atau negara.

3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Perlawanan dijalankan secara “Liga Dalam Kumpulan”

3.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan menentukan jadual perlawanan, tempat perlawanan dan pasukan lawan akan ditentukan secara undian.

3.3 Johan dan Naib Johan akan mara kepusingan kalah mati.

3.4 Jadual pusingan kalah mati akan ditentukan melalui undian.

4. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN 

4.1 Undang-undang permainan liga digunapakai dalam pertandingan ini. Tiga (3) mata diberi kepada pemenang, satu (1) mata untuk keputusan seri dan kosong (0) mata kepada yang kalah.

4.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 10 minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan dalam Jadual pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu sekurang-kurangnya 10 pemain akan diberi kemenangan percuma, dengan memperolehi 3 mata dan 2 jaringan gol.

4.3 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua pun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.

4.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua atau lebih pasukan telah mengutip mata yang sama, maka perbezaan gol akan menjadi penentu iaitu pasukan yang mempunyai PERBEZAAN GOL terbesar iaitu jaringan gol “MASUK” ditolak jaringan gol “KENA” hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih seri, maka JUMLAH JARINGAN GOL akan diambil kira sebagai pemenang dan menduduki kedudukan yang lebih tinggi. Jika masih lagi seri pasukan YANG PERNAH MENGALAHKAN pasukan lawan akan dikira pemenang dan menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika lagi seri, kedudukan seri itu mesti diputuskan dengan lambungan syiling dan keputusannya adalah muktamad.

5. JANGKAMASA PERLAWANAN  

5.1 Masa permainan ialah 7 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat selama 3 minit.

5.2 Bagi perlawanan pusingan kedua dan seterusnya, jika perlawanan berkesudahan seri bagi masa penuh perlawanan, tendangan dari penalti dijalankan mengikut undang-undang yang dikuat kuasakan.

6. PENGGANTIAN PEMAIN

6.1 Tujuh (7) pemain yang didaftarkan dalam Borang Perlawanan (Start List) bagi perlawanan tersebut boleh diganti bila-bila masa termasuk dalam masa tambahan dan semasa tendangan dari tanda penalti. Mana-mana pemain yang ditukar tidak dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama termasuk tendangan dari tanda penalti.

7. PAKAIAN PEMAIN

7.1 Semua pemain mesti memakai jersi seperti yang didaftar, dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut. Sebarang pameran pengiklanan jenama rokok,minuman keras dan lambang parti politik tidak dibenarkan.

7.2 Kasut bola “boots” mesti mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Semua pemain digalak menggunakan alas betis “Shin guard”.

7.3 Ketua pasukan mesti memakai lilitan lengan, dan sekiranya digantikan lilitan lengan itu mesti diberi kepada pemain lain yang mengambil alih tugasnya.

8. MINUMAN PEMAIN 

8.1 Minuman pemain disediakan oleh pasukan masing-masing.

9. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

9.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

10. TINDAKAN TATATERTIB 

10.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincang perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan daripada pengadil bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang buat aduan dan pengadil bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.

10.2 Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah otomatis ;

  • 10.2.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan)
  • 10.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan)
  • 10.2.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat / lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib atau berkelakuan ganas dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak. (penggantungan 3 perlawanan)
  • 10.2.4 Seseorang pemain diperintah keluar padang kerana melanggar keputusan pegawai pertandingan. (penggantungan 3 perlawanan)
  • 10.2.5 Mana-mana pemain yabg menerima 2 amaran dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaram kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas menjalankan penggantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran keenam beliau hendaklah tampil ke hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya.

10.3 Keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad.

11. BANTAHAN

11.1 Sebarang bantahan mestilah dibuat secara bertulis oleh Pegawai Pasukan yang berdaftar kepada Setiausaha Pengelola Pertandingan dan mesti diterima dalam masa 30 minit selepas perlawanan berkenaan berserta bayaran RM200.00 ( Ringgit : Dua Ratus Sahaja). Wang tersebut akan kembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

11.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

12. ETIKA PEGAWAI 

12.1  Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.

12.2 Tertakluk kepada pengesahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya, dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal sperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain, atau pegawai dari apa-apa penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang ditimbang sesuai.

13. HAL-HAL TIDAK DIPERUNTUKKAN 

13.1 Segala hal yang diperuntukkan dibawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselanggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang keputusannya adalah muktamad, kecuali diputuskan selainnya oleh Jawatankuasa Induk.

14. HADIAH

Johan : RM1000

N.Johan : RM800

Ke 3 : RM500

KE 4 : RM300

DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN DIBAWAH ;