PIALA SIAM KELANTAN (11 SEBELAH)

PERSATUAN BOLA SEPAK SIAM KELANTAN

KAMPUNG TERESEK,REPEK,17070,PASIR MAS,KELANTAN

**************************************************

  1. Nama Kejohanan

1.1 – Kejohanan ini dinamakan Liga Siam Kelantan (LSK).

  1. Penganjur

2.1 -Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Belia dan Sukan Kg.Teresek

2.2 – Perlawanan akan diadakan setiap hari jumaat perlawanan pertama bermula pada ; 7/6/2019 (Jumaat)

       Pagi      :   9.00 pagi ( Jumaat )

       Petang   :  4.00 ptg ( Jumaat )

       Petang   :  6.00 ptg  ( Jumaat )

       Malam   :  8.00 mlm  ( Jumaat )

  1. Penyertaan 

3.1 – Terbuka kepada masyarakat berbangsa Siam yang tinggal di Kelantan dan Terengganu.Pemain yang mempunyai pertalian darah seperti – Anak kacukan Siam dengan kaum bukan Islam , Datuk atau nenek yang berbangsa Siam sepenuhnya boleh menyertai kejohanan ini.

3.2 – Setiap pasukan dibenarkan berdaftar 5 orang pemain import yang beragama buddha sahaja (Malaysia sahaja).

3.3 – Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan di dalam Kejohanan ini perlulah menghantar borang pengesahan beserta nama pemain, no ic kad pengenalan,posisi, jersi no dan disahkan oleh Pengurus Pasukan.

3.4 – Terbuka satu slot untuk  pasukan jemputan (Cina) dengan syarat pasukan hendaklah mempunyai pemain Siam 3 orang.

  1. Pendaftaran pemain

4.1 – Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak melebihi 22 orang pemain ( termasuk pemain import,gantian/simpanan) di dalam borang pendaftaran

4.2 – Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan di dalam Kejohanan ini perlulah menghantar borang pengesahan beserta nama pemain dan  disahkan oleh Pengurus Pasukan.

4.3 – Pertukaran pendaftaran pemain tidak dibenarkan sama sekali setelah borang penyertaan dan  pendaftaran pemain diserahkan kepada Urusetia Kejohanan.

4.4 –  Borang penyertaan dan pandaftaran pemain hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan pada 30hb May 2019.

4.5 – Setiap borang penyertaan mestilah diisikan lengkap dengan.

         – Nama pemain, No. Kad pengenalan ,No. Jersi ,Posisi Photostat No.Kad Pengenalan ( setiap pasukan).

4.6 – Pemain-pemain kontrak yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  boleh mengambil bahagian tetapi sekiranya terdapat sebarang kecederaan atau berlanggar kontrak dengan FAM pihak penganjur tidak bertanggungjawab.

4.7 –  Taklimat mengenai kejohanan dan cabutan undi akan dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus- Pengurus Pasukan.

4.8 –   Pertukaran pemain pada pertengahan liga dibenarkan pertukaran (5 orang sahaja) dan ( beragama Buddha sahaja) bermula pada 28/6/2019 – 30/6/2019 dengan syarat pemain yang belum berdaftar nama pada mana-mana pasukan.

 

  1. Pertukaran pemain 

5.1 -. Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang  pertandingan. Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.

5.2 –  Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain sebanyak 3 kali boleh dibuat pada setiap perlawanan yang dijalankan untuk satu pasukan. Pertukaran pemain perlulah mengisi borang terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak penganjur (Borang Pertukaran Pemain). Borang hendaklah di serah kepada penganjur setiap perlawanan bermula.

5.3 – Pemain yang telah dikeluarkan tidak dibenarkan bermain semula di perlawanan yang sama.

5.4 – Baju jersi mesti pakai NO yang sama setiap perlawanan.

5.5 – Jika berlaku bergaduhan dalam perlawanan ini kedua-dua pasukan akan di buang terus dari kejohanan ini dan pasukan akan di drog kan untuk masa 2-3 tahun.

5.6 – Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan

        5.6.1 – Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.

       5.6.2 –  Pemain yang masuk gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi.

        5.6.3 – Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk bermain.

        5.6.4 -Penjaga gol boleh bertukar dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.

  1. Masa permainan 

6.1 – Masa permainan adalah 40 X 15 X 40 minit di sepanjang perlawanan.

6.2 – Sistem “off-side” akan digunakan pada kejohanan ini.

  1. Yuran penyertaan RM300 . ( Setiap Pasukan wajib Letak wang Cagaran RM200). Wang akan dikembalikan Selepas Semua pasukan melengkapkan jadual.
  2. Pengadil

8.1 – Pengadil kejohanan akan disediakan oleh pihak penganjur.

8.2 – Keputusan penganjur dan pengadil adalah muktamad.

  1. Waktu bermula sesuatu perlawanan

9.1 – Setiap pasukan mestilah berada di padang 15 minit  sebelum perlawanan bermula

9.2 -Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.  Jika lewat 5 minit selepas tiupan wisel pengadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan akan mendapat kemenangan percuma jaringan 2 – 0.

    10. Pemain Pakaian

10.1 – Setiap pemain mesti mengikut undang-undang FIFA dan memakai kasut bola ‘boot’, stokin dan alas betis ‘shin guard’ mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

10.2 – Jersi hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing

10.3 –  Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mewartakan jersi sebagai tuan rumah dalam  borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut.

10.2  – Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor dan baju mesti pakai NO yang sama setiap perlawanan

  1. Pemain gantian

11.1 – Hanya 3 kali penggantian dibenarkan dalam satu-satu perlawanan.

11.2 – Mana-mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut  termasuk mengambil tendangan penalti.

  1. Perlawanan yang ditunda atau diberhentikan

12.1 -Sekiranya pengadil atau penyelaras perlawanan berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau hal-hal yang tidak  dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan, atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan maka Jawatankuasa Kejohanan akan menentukan bilakah perlawanan yang tertunda atau terhenti itu diadakan.

  1. Tindakan Tatatertib

13.1.1 – Tindakan tatatertib secara automatik akan dilaksanakan ke atas pemain-pemain seperti beikut :-

13.1.2 – Seseorang pemain yang telah dikenakan sebanyak 2 kad kuning oleh pengadil didalam satu-satu perlawanan, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan.

13.1.2 – Seseorang pemain yang telah dikenakan kad merah oleh pengadil, pemain tersebut secara automatik akan digantung dua perlawanan berikutnya.

 14 . Hadiah akan diberikan kepada ;

            – Johan + Piala Liga Siam Kelantan + RM5,000 + Medal Emas

            – Naib Johan + RM3,000 + Medal Perak

            – Ketiga + RM2,000 + Medal Gangsa

  1. Peringatan

15.1. –  Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.

15.2 –   Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan harta benda Wat. Jika ada pasukan yang melanggar peraturan ini kemungkinan tindakan disenarai hitamkan daripada menyertai pertandingan musim akan datang.

  1. Kecenderaan

16.1 –  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan dan  kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangsung.

  1. Bantahan

17.1-  Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan hendaklah diterima dalam tempoh  24 jam selepas tamat -nya perlawanan berkenaan dan disertai dengan Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja ( RM100.00 ) yang akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya.