>> FIELD BOOKINGS <<

Perkhidmatan sewaan padang dengan Kelab Bola Sepak Kampung Teresek ;

  1. Update Jadual perlawanan dan keputusan perlawanan di Website dan Facebook
  2. Percuma dan design Logo kepada pasukan mana yang belum ada Logo Pasukan
  3. Edit photo dan nama pasukan untuk gambar kenangan 

***************************************************************************************

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN DAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN DI PADANG WAT UTTAMARAM KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG TERESEK 

1. Semua permohonan penggunaan melibatkan penggunaan padang bola sepak boleh dibuat secara bertulis atau telefon untuk booking padang kepada ;

               Pengurusan Kelab Bola Sepak Kampung Teresek
       17070,Pasir Mas,Kelantan.
Tel : Nom 012-9293799 & Eric 0179577758

2. Hanya permohonan yang diluluskan sahaja akan dibenarkan untuk menggunakan kemudahan di Padang Bola Sepak Wat Uttamaram

3. Bayaran sewaan dan cagaran hendaklah dijelaskan sama ada melalui pembayaran melalui Tunai  & EFT di atas nama akaun Kelab Bola Sepak Kampung Teresek, Ambank Islamic,Cawangan Pasir Mas No. Akaun : 8881-0190-38310.

4. Kesemua bayaran hendaklah dibayar oleh penyewa dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pengesahan.

5. Sekiranya bayaran sewa dan wang cagaran kerosakan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat penyewaan, maka Kelab Bola Sepak Kampung Teresek membatalkan tempahan tersebut tanpa notis.

6. Sekiranya penyewa membuat perubahan tarikh perlawanan,50 % daripada wang cagaran akan dilesapkan.

7. Pengguna & Penyewa perlu menunjukan resit /surat kebenaran /kelulusan sebelum menggunakan mana-mana kemudahan di Padang Bola Sepak Wat Uttamaram (Kelab Bola Sepak Kampung Teresek).

8. Untuk penggunaan gelanggang padang Bola Sepak – Kasut yang dipakai hendaklah sesuai dengan permainan/aktiviti,kasut bertapak kulit,plastik,kasut kasual.

9. Semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan.Sebarang kerosakan dan hilangan perlu diganti oleh penyewa.

10. Kawasan Padang Bola Sepak Kampung Teresek merupakan kawasan larangan merokok. Pengguna /Penyewa adalah dilarang untuk merokok dalam kawasan padang bolasepak tapak di Padang Bolasepak.

11. Pengguna & Penyewa tidak dibenarkan mengorek/menggali mana-mana juga bahagian di kawasan padang  bolasepak tapak serta dewan untuk tujuan mendirikan khemah /kanopi atau sebagainya tanpa kebenaran daripada Pengurus Kelab Bola Sepak Kampung Teresek.

12. Sebarang sepanduk (banner)/poster/papan tanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana juga bahagian di kawasan Padang Bolasepak kecuali mendapat kebenaran daripada Pengurus Kelab Bola Sepak Kampung Teresek.

13. Pengguna / Penyewa tidak dibenarkan membakar apa-apa juga bahan di mana-mana juga bahagian di kawasan padang bolasepak Wat Uttamaram.

14. Pengguna / Penyewa dilarang membuang sampah dan sisa makanan ke dalam sinki dan lubang tandas serta aktiviti cuci mencuci di dalam tandas atau kawasan stadium.

15. Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

16. Kelab Bola Sepak Kampung Teresek tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan / kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan / penyewaan stadium (Padang Kelab Bola Sepak Kampung Teresek).

17. Kelab Bola Sepak Kampung Teresek tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang diletakkan di perkarangan meletak kenderaan.

18. Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas.

19. Kelab Bola Sepak Kampung Teresek membatalkan mana-mana tempahan / mengubah masa /venue yang dibuat pada bila-bila masa sahaja untuk kepentingan Kelab Bola Sepak Kampung Teresek dan Kerajaan dengan memberikan notis sama ada secara bertulis atau telefon.

WANG CAGARAN /DEPOSIT

1.Wang Cagaran / Deposit sebanyak 30% daripada kadar sewaan asal akan dikenakan sekiranya penyewaan / penggunaan untuk tujuan bagi mengadakan pertandingan / perlawanan,majlis /program atau penyewaan /penggunaan secara harian.

2. Untuk mendapatkan pulangan balik wang cagaran, penyewa perlu mengisi Borang Pulangan Balik Wang Cagaran yang boleh didapati di Pejabat Pengurusan Kelab Bola Sepak Kampung Teresek. Resit Rasmi perlu disertakan dan diserahkan kembali kepada pihak Kelab Bola Sepak Kampung Teresek, apabila deposit diambil balik.

3. Wang cagaran / Deposit akan ditahan sekiranya berlau kehilangan peralatan,kerosakan akibat penyewa/penggunaan atau hal-hal kebersihan.

BORANG PERMOHONAN PENYEWA PADANG KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG TERESEK
Calendar is loading...
- Available
23
- Booked
23
- Pending
captcha

Pengakuan Pemohon ;-

a) Saya bersedia mematuhi syarat-syarat yang diberikan dan akan menjaga dengan baik alat-alatan yang digunakan dan kebersihan kawasan padang.

b) Saya juga bersetuju melepaskan wang cagaran sekiranya syarat-syarat KBKT gagal dipatuhi.

Hubungi Unit Sukan Kelab Bola Sepak Kampung Teresek ;

Nom – 012-9293799 & 013-9303799

Eric – 017-9577758