ASTAKA KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG TERESEK

MEMOHON SUMBANGAN DARI AGENSI-AGENSI KORPORAT,SWASTA DAN KERAJAAN 

RINGKASAN PROJEK

PEMBINAAN BANGUNAN ASTAKA

NAMA PROJEK : PEMBINAAN BANGUNAN ASTAKA YANG DILENGKAPI KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR


1.0 LATAR BELAKANG

1.1      Padang Kelab Bola Sepak Kampung Teresek merupakan padang yang tertua iaitu 37 tahun menganjur sukan bola sepak dan kerap digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan samaada yang melibatkan sukan Kelab dan sukan Liga bola sepak siam peringkat kampung, daerah dan Negeri Kelantan. Kelebihan padang ini adalah dilengkapi dengan kemudahan saliran air di dalam padang bola sepak. Sekaligus,perkara tersebut menyelesaikan masalah air yang bertakung di tengah padang .

1.2      Dengan itu,pihak Kelab Bola Sepak Kampung Teresek telah merancang untuk membina bangunan astaka yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti tandas,stor perabut,stor alatan sukan,bilik siaraya dan astaka. Perancangan untuk pembinaan bangunan tersebut amatlah tinggi harapan.Ini adalah kerana padang Kelab Bola Sepak Kampung Teresek kami akan digunakan oleh anjuran beberapa badan kerajaan dan swasta untuk permainan bola sepak khususnya dan sukan anjuran kampung , daerah dan peringkat kelantan.

1.3      Dengan pembinaan bangunan astaka ini akan dapat menambah keselesaan pihak Kelab Bola Sepak Kampung Teresek untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan padang serta sebagai tumpuan pihak luar untuk melaksanakan program yang sedia ada.

2.0 OBJEKTIF PROJEK BANGUNAN ASTAKA

2.1      Menyediakan tempat aktiviti riadah yang lebih selesa,kondusif dan lengkap untuk belia-belia membuat aktiviti sukan.

2.2      Membolehkan Kelab Bola Sepak Kampung Teresek merancang aktiviti sukan.

2.3      Memenuhi keperluan khas seperti pambinaan tandas,stor perabut,stor alatan sukan,bilik siaraya dan astaka dan sebagainya.

2.4      Merangsang dan menggalakkan minda belia supaya lebih giat dalam bersukan dengan adanya kemudahan yang lengkap.

            Pembinaan astaka ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua warga Kelab Bola Sepak Kampung Teresek ini. Ini kerana,dengan adanya astaka ini aktiviti padang akan dapat diuruskan dengan lebih baik. Sumbangan dari pihak tuan amatlah dialu-alukan demi mencapai impian Kelab Bola Sepak Kampung Teresek ini di peringkat daerah dan negeri. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya berusaha agar pembinaan astaka ini dapat disiapkan dengan seberapa segera demi kemudahan semua belia dan warga pemuda pemudi di peringkat kampung, daerah dan negeri yang berminat dalam kesukanan khususnya bidang bola sepak. Pihak jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Adalah diharapkan segala sumbangan yang disalurkan mendapat kerahmatan dan keredhaan di dunia dan di akhirat.

*** SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE ***

NAMA: KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG TERESEK
NAMA BANK DAN CAWANGAN : AMBANK ISLAMIC CAWANGAN PASIR MAS

NO AKAUN : 8881019038310

NAMA AKAUN: KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG TERESEK

SENARAI DERMAWAN ;

  1. CHONG KAI WEN = RM100


 

AKADEMI KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG TERESEK

*** PENUBUHAN AKADEMI ***

Penubuhan Akademi Kelab Bola Sepak Kampung Teresek bermula dari cetusan idea pengasasnya,Kelab Bola Sepak Kampung Teresek.
Kelab Bola Sepak Kampung Teresek setelah melihat perkembangan bola sepak Liga Siam Kelantan & Liga Udomdham Cup yang dianjuran Kelab Bola Sepak Kampung Teresek sebelum ini.

Akademi ini ditubuhkan bertujuan mencungkil dan mengasah bakat anak-anak Siam Kelantan dalam permainan bola sepak. Dengan segala pengalaman dan jurulatih-jurulatih yang ada, anak-anak ini akan mendapat asas permainan yang secukupnya. Bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak remaja berkualiti yang berpelajaran dan berkemahiran, adalah penting bagi bermula pada peringkat asas. Untuk itu, akademi ini akan memberi pendedahan awal mengenai asas bola sepak dan teknik-teknik seperti cara menanduk, menendang, menghantar bola secara tepat,teknik mengawal bola yang betul, gaya sepakan, strategi perlawanan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan tersebut.

Bak kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, akademi ini membuka peluang kepada semua kanak-kanak berusia dari Bawah 12 hingga ke 18 tahun yang berminat dalam permainan bola sepak. Sesi pemilihan juga akan diadakan bagi pemain-pemain berbakat dan menjalani latihan berterusan untuk mewakili akademi ke beberapa siri perlawanan persahabatan, pemilihan pasukan sekolah/daerah/negeri/negara, dan pertandingan karnival-karnival anjuran terbuka kelak.

Diharapkan dengan penubuhan akademi bola sepak ini akan membantu menyemarakkan aktiviti bola sepak Siam Kelantan di samping melahirkan bakat-bakat baru bagi diketengahkan dalam sukan bola sepak.

JADUAL LATIHAN ;

Setiap hari Jumaat & Sabtu

Pukul 5.00 p.m hingga 7.00 p.m

Hubungi ;
Tel : 017-9577758 (Eric)
Tel : 012-9293799 (Nom)

Selamat Maju Jaya dalam Bidang Bola Sepak…

******************************************