CIMB BANK FOUNDATION

 
Dengan ini, pihak Kelab Bola Sepak Kampung Teresek ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Phra Khru Udomdhammapatiban (Phor Than Bun) Ketua Sami Wat Uttamaram merangkap Ketua Sami Daerah Pasir Mas dan Tanah Merah Negeri Kelantan
 
En. Tanom A/L Prasit (Pengerusi Kelab Bola Sepak Kampung Teresek)
 
Puan Kc Ngiam (Pengerusi Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan)
 
En.Fauzi Bin Seman di atas Keprihatinan CIMB BANK memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 (Dua Puluh Ribu Ringgit) dan tajaan serta sokongan bagi menjayakan Liga Bola Sepak Siam Negeri Kelantan dan Akademi Kelab Bola Sepak Kampung Teresek pada tahun ini 2019 kali pertama.Pihak CIMB BANK BERHAD memberikan sumbangan (Cimb Foundation) ini setiap tahun kepada Liga Siam Kelantan dan Akademi Kelab Bola Sepak Kampung Teresek di Wat Uttamaram,Kampung Teresek,17070,Pasir Mas, Kelantan.Keprihatinan dan jasa baik yang CIMB BANK telah berikan amatlah kami hargai.
 
Sekian, terima kasih
 
 
 
 
 
KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG TERESEK
*** PENUBUHAN AKADEMI ***
Penubuhan Akademi Kelab Bola Sepak Kampung Teresek bermula dari cetusan idea pengasasnya,Kelab Bola Sepak Kampung Teresek.Kelab Bola Sepak Kampung Teresek setelah melihat perkembangan bola sepak Liga Siam Kelantan & Liga Udomdham Cup yang dianjuran Kelab Bola Sepak Kampung Teresek sebelum ini.Akademi ini ditubuhkan bertujuan mencungkil dan mengasah bakat anak-anak Siam Kelantan dalam permainan bola sepak. Dengan segala pengalaman dan jurulatih-jurulatih yang ada, anak-anak ini akan mendapat asas permainan yang secukupnya. Bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak remaja berkualiti yang berpelajaran dan berkemahiran, adalah penting bagi bermula pada peringkat asas. Untuk itu, akademi ini akan memberi pendedahan awal mengenai asas bola sepak dan teknik-teknik seperti cara menanduk, menendang, menghantar bola secara tepat,teknik mengawal bola yang betul, gaya sepakan, strategi perlawanan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan tersebut. Bak kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, akademi ini membuka peluang kepada semua kanak-kanak berusia dari Bawah 12 hingga ke 18 tahun yang berminat dalam permainan bola sepak. Sesi pemilihan juga akan diadakan bagi pemain-pemain berbakat dan menjalani latihan berterusan untuk mewakili akademi ke beberapa siri perlawanan persahabatan, pemilihan pasukan sekolah/daerah/negeri/negara, dan pertandingan karnival-karnival anjuran terbuka kelak.Diharapkan dengan penubuhan akademi bola sepak ini akan membantu menyemarakkan aktiviti bola sepak Siam Kelantan di samping melahirkan bakat-bakat baru bagi diketengahkan dalam sukan bola sepak.